Saturday, February 11, 2012

Video 3 - Sajak Kemerdekaan

Tonton video di bawah dan jawab soalan di bawah berdasarkan video tersebut





1. 1. Berdasarkan video diatas, senaraikan 5 kata kerja yang boleh di dapati.

2. 2. Apakah pengajaran yang boleh kita perolehi berdasarkan video diatas?


Video 2 - Upin-Ipin (Kami 1 Malaysia )

Tonton video di bawah dan jawab soalan di bawah berdasarkan video tersebut




1 – Berdasarkan video diatas, apakah yang sedang mereka lakukan untuk membuktikan mereka mengamalkan prinsip 1 Malaysia.?

2 – Apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh konsep “Satu Malaysia”?

Video 1 - Iklan Petronas 2007



Berdasarkan video yang telah anda tonton,senaraikan lima pengajaran yang boleh kita peroleh daripada video tersebut.

Soalan 5 - Penjodoh Bilangan

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan penjodoh bilangan yang paling sesuai.


1 Johan mengopek kelapa dengan menggunakan se parang.

A bilah C pucuk

B tangkai D buah


2 Lapan rumah teres musnah dalam kebakaran pagi semalam.

A tingkat C pintu

B papan D pangsa


3 Dua lanun itu telah ditumpaskan oleh polis marin.

A puak C kumpulan

B gerombolan D anggota


4 Di tepi jalan itu terdapat empat dawai elektrik.

A gulung C ikat

B gumpal D gelung


5 Emak membentangkan permaidani di ruang tamu.

A segelung C segulung

B sehelai D selembar


6 Empat tikar dibentangkan di dalam surau itu sebelum makmum bersolat.

A daun C helai

B kajang D keping


7 Dua askar ditugaskan menjaga sempadan negara agar tidak dicerobohi pihak musuh.

A kumpulan C buah

B gerombolan D ketumbukan


8 Adib memelihara se_____ burung serindit dalam sangkar yang sama.

A kumpulan C ekor

B pasang D kawan


9 Zaki memancing dengan menggunakan se_______ joran yang baru dibelinya.

A potong C batang

B buah D kaki


10 Pihak polis melepaskan tujuh ______ tembakan ke arah penceroboh itu.

A das C butir

B laras D pucuk


11 Abang Zailan menghadiahi kakak se ____ cincin permata yang mahal harganya.

A utas C biji

B bentuk D buah


12 Sultan Iskandar menganugerahkan se_______ persalinan kepada Hang Tuah.

A helai C lembar

B keping D pasang


13 Karimah membawa dua ____ payung semasa pergi berkelah di tepi pantai.

A batang C kaki

B pucuk D bilah


14 Kasrina memasukkan tiga _____ ais ke dalam minumannya.

A butir C ketul

B biji D buah


15 Puan Wizana menyuruh anaknya pergi membeli empat ______ sabun mandi.

A bentuk C ikat

B ruas D buku


Soalan 4 - Karangan Autobiografi

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sepasang Kasut Tinggi”. Anda boleh menggunakan rangka karangan yang diberikan di bawah. Panjang karangan anda mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.






Ø riwayat hidup - asal nama diberi

Ø dipamerkan di kedai

Ø dimiliki orang

Ø ketika masih baru mendapat sanjungan dan pujian

Ø tidak digunakan dengan cermat

Ø tidak digunakan lagi - menghabiskan sisa-sisa hidup


Tuesday, February 7, 2012

Soalan 3 - Melengkapkan Ayat

Soalan 1 hingga 10 : Pilih kata nama am yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat.

1. Pak Mamat menguli tepung dalam ............................ untuk membuat roti canai.
A) kuali
B ) periuk
C) besen
D) pinggan

2. Datuk menggunakan .................................. untuk menebang pokok kelapa di belakang rumahnya.
A) pisau
B) tukul
C) parang
D) kapak

3. ......................... bendera itu tumbang menimpa bumbung pejabat.
A) Kayu
B) Kaki
C) Batang
D) Tiang

4. Abu membawa sebatang ........................... ,umpan dan raga untuk memancing di sungai.
A) joran
B) mata kail
C) buluh
D) ladung

5. Di antara berikut, yang manakah haiwan liar ?
A) Kambing
B) Kerbau
C) Gajah
D) Itik

Thursday, February 2, 2012

Soalan 2 - Soalan Kefahaman

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca rencana di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Tugas sebagai penjaga haiwan di zoo bukannya mudah seperti yang disangka. Apatah lagi jika haiwan tersebut ialah haiwan-haiwan liar seperti harimau, buaya, dan gajah. Setiap hari, mereka perlu memberi makanan dan minuman kepada haiwan-haiwan ini. Aspek kebersihan juga amat dipentingkan. Mereka perlu memastikan agar kandang sentiasa bersih. Tujuannya untuk mengelakkan haiwan-haiwan tersebut dijangkiti penyakit.

Doktor haiwan yang khas ditempatkan untuk memeriksa kesihatan haiwan-haiwan ini. Rawatan perlu segera diberikan untuk mengelakkan maut. Tugas ini memang berbahaya jika terpaksa merawat binatang yang buas. Walaupun begitu, tanggungjawab perlu diutamakan. Risiko penjaga haiwan dicederakan menjadi bertambah tinggi jika haiwan tersebut marah. Namun, mereka sudah menganggap tugas ini sebagai rutin harian dan seperti menjaga anak mereka sendiri.

Mungkin orang ramai tidak sedar, tanpa penjaga haiwan ini, binatang-binatang di zoo mungkin tidak dapat hidup dengan sihat dan selesa. Penjaga haiwan sentiasa memastikan agar ‘anak angkat’ mereka ini sentiasa sihat dan cergas untuk tatapan umum. Oleh sebab itu haiwan-haiwan ini perlu dijaga dan dibelahi dengan penuh kasih sayang.

1. Mengapakah kandang haiwan di zoo perlu

dibersihkan?

A Supaya haiwan itu dapat hidup selesa

B Supaya haiwan itu tidak dijangkiti penyakit

C Supaya haiwan itu tidak cepat mati

D Supaya haiwan itu tidak marah


2. Bilakah penjaga haiwan mungkin boleh dicederakan

oleh haiwan tersebut?

A Ketika sedang memberi makanan dan minuman

B Ketika sedang memberi rawatan kepada haiwan

yang sakit

C Jika haiwan itu sudah hampir mati

D Jika haiwan itu menjadi marah


3. Berikut ialah tugas-tugas penjaga haiwan, kecuali

A memberi makanan dan minuman.

B membantu memeriksa kesihatan haiwan.

C membersihkan kandang.

D menangkap haiwan di hutan


4. Perkataan anak angkat dalam petikan merujuk kepada

A haiwan yang dijaga oleh penjaga haiwan.

B anak angkat penjaga haiwan tersebut.

C haiwan yang akan dirawat oleh doktor haiwan.

D haiwan yang liar dan berbahaya.


5. Semua pernyataan di bawah adalah tidak benar

tentang rencana, kecuali

A anak penjaga haiwan tinggal di zoo.

B semua haiwan dilayan dengan kasar oleh

penjaga haiwan.

C penjaga haiwan memastikan haiwan hidup

dengan selesa.

D haiwan yang lambat dirawat tidak akan mati.